Wednesday, August 5, 2009

Info Mengenai Babi

Berikut ini info mengenai pengharaman darah dan babi dalam Islam, diulas dari sudut pandang Logik dan Ilmu Kesihatan.

1. Mengapa seorang Muslim sangat mementingkan mengenai kata-kata “Halal” dan “Haram” Apakah maksud tersebut?

Apa-apa yang diperbolehkan diistilahkan sebagai Halal, dan apa-apa yang tak diperbolehkan diistilahkan sebagai Haram, dan Al-Qur’an lah yang menggambarkan perbezaan antara keduanya.

2. Contoh?

Islam telah melarang segala macam darah. Analis kimia dari darah menunjukkan adanya kandungan yang tinggi dari uric acid, sejenis kimia yang bisa berbahaya bagi kesihatan manusia. Sifat beracun dari uric acid dalam tubuh manusia, asid ini dikeluarkan sebagai kotoran, dan 98% dari uric acid dalam tubuh, dikeluarkan dari dalam darah oleh ginjal, dan dibuang keluar tubuh melalui air kencing.

Terdapat prosidur tertentu dalam penyembelihan Islam. Iaitu, dengan menyebut nama Yang Maha Kuasa dan membuat hirisan memotong urat nadi leher haiwan. Dan hal ini menyebabkan haiwan tersebut mati kerana kehabisan darah dalam tubuh, bukannya kerana cedera pada organ-organnya.

Jika organ-organ, misalnya jantung, hati, atau otak rosak, haiwan tersebut mati dan darahnya akan menggumpal dalam urat-uratnya dan akhirnya mencemari daging. Ini mengakibatkan daging haiwan akan tercemar oleh uric acid, sehingga menjadikannya beracun.

3. Mengapa para Muslim melarang memakan daging babi, atau ham, atau makanan lainnya yang terkait dengan babi?

Diluar dari larangan Al-Qur’an dalam pengkosumsian babi, bacon; pada kenyataannya dalam Bible juga, pada Levitus bab 11, ayat 8, mengenai babi, dikatakan, “Dari daging mereka (dari “swine”, nama lain buat “babi”) janganlah kalian makan, dan dari bangkai mereka, janganlah kalian sentuh; mereka itu kotor buatmu”.

4. Apakah anda tahu kalau babi tidak dapat disembelih di leher kerana babi tidak memiliki leher?

Muslim beranggapan kalau babi memang harus disembelih dan layak dimakan oleh manusia, tentu Yang Maha Pencipta akan merancang haiwan ini dengan memiliki leher.

Terdapat risiko besar keatas pelbagai jenis penyakit daripada babi.Babi mempunyai banyak parasit dan penyakit berbahaya. Babi hanya mengeluarkan 2% dari seluruh kandungan uric acidnya, sedangkan 98% sisanya tersimpan dalam tubuhnya.

Ini dapat menjawab sebagian pertanyaan mereka, khusunya jika kalangan Non-Muslim bertanya mengapa Umat Islam tidak boleh makan babi.