Tuesday, August 11, 2009

Things I Say Part 2

"Daripada mahasiswa UTM sendiri, saya dapati pelbagai bentuk dan rupa blog mereka. Blog diisi dengan penulisan cerpen, berita, mesej dakwah dan sebagainya. Namun, saya amat berduka cita kerana kebanyakan blog mahasiswa hanya sekadar catatan harian dan rintihan pilu yang langsung tidak menggambarkan diri mahasiswa tersebut. Adakalanya, aktiviti harian yang ditulis di blog langsung tidak sesuai untuk mencerminkan aktiviti mereka sebagai mahasiswa seperti aktiviti keluar berparti dan sebagainya.

Sahabat mahasiswa sekalian, sedarlah bahawa penulisan melalui cetusan kreatif melambangkan diri mahasiswa. Oleh itu, saya menyeru mahasiswa agar melakukan transformasi terhadap blog kalian bagi menyahut seruan Naib Canselor yang mahukan perubahan dari mahasiswa agar menjadi mahasiswa yang bertaraf kelas pertama yang mempunyai pemikiran kreatif dan kritis serta berkemahiran dan menjadi contoh terbaik untuk masyarakat di luar sana.

Gunakanlah blog sebagai platform pembangunan diri mahasiswa dengan menyatakan idea-idea yang bernas serta pemikiran yang waras. Kupaslah isu-isu semasa melalui perspektif seorang mahasiswa bagi mengembangkan minda kalian. Jadikanlah diri anda sebagai mahasiswa yang responsif yang mengambil berat tentang isu-isu semasa."
(UTM Blog Aggregator)

Bukan nak jadi 'pejuang sayap kiri'. Tapi this is my own opinion. Bukankah our own blog is our own decision to post what ever we want to? Sik salah if nak talk about isu2 semasa from our own perspektif sekali sekala. If 24 hours nak talk about isu2 semasa boringlah reader. And sik semua reader yang baca line by line. Ada yang tengok gamba jak.

"saya amat berduka cita kerana kebanyakan blog mahasiswa hanya sekadar catatan harian dan rintihan pilu yang langsung tidak menggambarkan diri mahasiswa tersebut."

Dah nama pun blog a.k.a online diary, biarlah blogger ya nak merintih mati-matian dalam blognya pun. Sekda ngaco orang pun.


Writer artikel above macam perasan bagus gilak dah. Tolong la~. For me, my own blog is my escapism. Z, apa pendapat ko pasal artikel tok?